Wednesday, December 30, 2009

Perpisahan dan Azam 2010....

Hari ini merupakan hari yang paling sedih atau mungkin hari yang paling gembira (have to think positive). Salah seorang keluarga dalam training group bakal meninggalkan kami semua. Beliau merupakan seorang rakan, sahabat, pendorong, pembimbing, ketua dan boleh dikatakan salah seorang yang merapatkan hubungan kami semua sebagai satu team dalam Training Unit. Beliau banyak berusaha dan memikirkan cara yang terbaik untuk merapatkan hubungan dan menyatukan kami semua. Memang kami semua sebagai satu team mengambil masa yang amat panjang untuk mengenali setiap rakan dan ahli Training Unit. Kalau ikutkan, kami semua ni selalu berbalah dan ada kalanya bermasam-masam muka tapi bila setiap kali kami semua pergi outstation, disitulah kami semua kenal diri masing-masing dan hubungan kami bertambah akrab sehinggakan kami tak rasa yang kami semua ni ada seorang ketua.

Perpisahan ini merupakan satu perpisahan yang tak disangka-sangka. Ditambah lagi dengan satu lagi berita gempar dimana seorang lagi rakan seperjuangan bakal meninggalkan kami tak lama lagi. Bermakna dua orang sekali gus bakal meninggalkan group yang amat istimewa ini. Tanpa mereka berdua mungkin suasana tidak sama lagi. Tiada lagi lawak jenaka... tiada lagi gelak ketawa dan tiada lagi cerita-cerita yang mengarut-ngarut.... benda-benda ni semua sebenarnya adalah salah satu cara untuk kami menghilangkan tekanan di tempat kerja.

Sepanjang aku bekerja di sini hampir 2 tahun, mereka inilah yang sedikit sebanyak mengubah cara pemikiran, cara tindakan, cara percakapan dan cara penyampaian aku dalam setiap training yang aku conduct. Mereka ini tidak jemu-jemu memberikan komen, motivasi serta pandangan supaya aku mengubah cara penyampaianku dan pada masa yang sama menjadi seorang yang lebih profesional dan lebih berkeyakinan dalam memberikan maklumat kepada peserta.

Aku sangat-sangat menghargai setiap kata-kata yang dilemparkan. Memang kadang-kadang ada kalanya kita terlalu beremosi dalam melakukan sesuatu tetapi apabila kita merasa kehilangan barulah kita akan sedar betapa berharganya saat-saat yang kita lalui bersama.

Memang aku tidak nafikan yang kami semua pada hari ini tidak ada mood untuk conduct tarining. Disebabkan tugas terpaksa juga dilakukan hingga selesai. Hari ini banyak kekurangan dan banyak kesilapan yang kami lakukan dimana sebelum ini tidak pernah jadi macam ni. Training yang kitorang buat berterabur, tidak sistematik, banyak persiapan yang tidak ready. Inilah buat pertama kalinya sepanjang kami adakan Let's Get Mydinized Training... keadaanya tidak mengikut standard. Aku dah tak fikir apa dah..apa yang ada dalam kepala kitorang paling sakit pun mungkin Datin akan keluarkan email sebab terlalu banyak mistake yang kitorang buat. Satu team down hari ni gara-gara berita yang kitorang dengar pada awal pagi sebelum training dimulakan dan pada petangnya lak dapat lagi satu berita member kitorang sorang lagi tender resign...

Tadi sebaik sahaja selesai waktu bekerja aku bersama dengan rakan-rakan yang lain mengadakan farewell bagi merapatkan dan mengakrabkan lagi hubungan kami semua sebagai satu team, satu rakan seperjuangan.... dan mengucapkan selamat tinggal kepada Shaiful yang akan bersama kami hanya pada esok hari (esok merupakan hari terakhir beliau bekerja bersama kami semua) semoga beliau success dalam setiap bidang yang beliau ceburi... itu sahaja yang dapat aku ucapkan pada beliau dan aku berharap rakan seperjuanganku yang masih tinggal dapat bertahan dan bersabar dengan apa yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.... azam baru 2010 harus ditempuhi walau perit sekalipun.... Good Luck Team... We Can Do It.... Goodbye Friend (Shaiful) n Good Luck for Your Future Undertakings..... and for Nuzul who will be leaving us soon... Hope You Too Will Success in Whatever You Are Doing....

Saturday, December 12, 2009

Sabah Trip

Hmm... lama dah aku tak tulis blog ni. Ye la 2 bulan lepas sibuk dengan trip ke Sabah pastu sibuk lak ngan keje dah tu Raya Haji lagi (balik kampung). Ni barulah ada masa lapang nak tulis blog semula.

Imbas balik masa pergi Sabah haritu (30 Oktober 2009 (Jumaat) - 02 November 2009 (Isnin)) memang macam2 kerenah gelagat manusia aku lihat. Nak2 masa kat Kundasang. Pelik juga orang kat sana. Macam tak takut bahaya. Kereta laju macam mana pun diorang tetap melintas. Kita yang pandu kereta ni la pulak yang terpaksa brek mengejut hehe. Mujur takde pape.

Suasana kat sabah tu memang best. Paling best kat pasar Philipine. Kat sana memang banyak barang-barang perhiasan seperti pearl, kristal, siput dan macam2 lagi la. Tapi yang penting kena pandai tawar-menawar kalau tak terpaksalah bayar harga mahal heheheh.

Makanan kat sana boleh tahan juga la. Tapi kena pandai pilih restoran. Ada restoran yang memang ramah dengan pelanggan. Ada restoran lak yang tak mesra pelanggan. Ada sekali tu kitorang nak makan sarapan pagi. Cari punya cari jumpalah gerai kat tepi jalan sekitar kawasan Kota Kinabalu tu juga. Masa tu kitorang nak bayar harga makanan yang kitorang order, pastu adalah salah faham sikit sebabnyer miscommunication. Kitorang takdela tegur secara kasar bagitau pun dengan cara yang baik. Nada yang baik. Tapi tah macam mana si juruwang tu leh sangka yang kitorang cuba nak tipu harga. Bos aku pun apa lagi mula la naik angin terus keluar camtu je lepas dah bayar.

Pastu timbul lak situasi sama. Cuma masa je berlainan. Ni masa nak makan malam lak. Teringin nak makan kat tepi laut la katakan. Cari la gerai kat kawasan yang dekat dengan pantai. Tunggu punya tunggu punya tunggu, makanan yang kitorang order tak sampai-sampai. Agak berjam-jam jugala kitorang menunggu. Masing-masing perut dah lapar. Apalagi, muka macam singa lapar la semuanya. Member aku ni lak mulanya leh sabar lagi, pastu terus naik bengang disergah juga la orang yang buat order tu tanya pasal makanan diorang "lambat lagi ke?" kitorang ni mula naik pelik asal la macam layan tak layan je. Muka masing-masing selamba je (muka pelayan restoran). Tup-tup kitorang dapat tahu rupa-rupanya makanan yang diorang pesan (makanan member aku) dah lama dah siap. Tapi tak dihantar ke meja kitorang dengan alasan salah tulis nombor meja. Member aku punyalah hangin sampai hilang gak la mood nak makan. Mana tak nyer nasi yang diorang order dah naik kering. Tapi disebabkan lapar, makan juga la. Banyak betul dugaan kat sana hehehe.

Tapi yang best nyer, kitorang berjaya juga la naik jambatan gantung yang agak panjang juga la. Time tu kitorang gi ke Canopy Walk (pada hari yang ke-3 di Telaga Air Panas Porim). Dekat area Kundasang-Tawau (tak sure mana satu hehe). Mula-mula risau gak sebab aku naik jambatan gantung tu dengan budak kecik, anak bos aku juga. Mula-mula budak tu cam takut-takut dah lama-lama tu siap leh nyanyi lagu "please..please..please...kamu jangan nakal.." lagi (lagu Aziz Satar). Yang kelakarnya budak tu juga yang bagi semangat kat ibu dia siap cakap "janganlah takut...jalan je...jalan cepat-cepat.. takpe tak jatuh...pegang tali camni.. (siap tunjuk cara)" heheh aku nak tergelak dengar. Budak yang bagi semangat hehehe. Saat tu la yang paling best. Mencabar juga la sebab sebelum nak naik jambatan gantung tu kitorang kena daki agak tinggi juga la....masa tu lak hujan renyai-renyai nasib la laluan tak berapa licin kira masih leh naik lagi la. Cuma kena hati-hati ngan batu licin je.

Yang penting sekali kitorang semua berjaya sampai ke hujung dengan jayanya.... mana yang takut, terjerit-jerit tu semuanya success. Happy giler..... Syukur alhamdulillah...


Kat KLIA

Bergambar kat depan papan tanda Karambunai Park.
Hampeh betul!! buat penat je pergi sini.. naik bot pun tak dapat.. bayaran masuk punya la mahal....naik bot sejam RM 90 seorang.. dashat2 ish..ish...dapat ambil gambar jadi la...

Bergambar kat tepi pantai sebagai kenangan.....

Bergambar di kaki bukit Kundasang menghadap Gunung Kinabalu.

Makan durian hutan kat Kundasang. Rasanya cam durian Belanda.
Kecik je buahnye. Jauh beza dari durian biasa. Rasanya memang sedap hingga menjilat jari...!!!

Gerai buah-buahan di Kundasang.. banyak pokok bunga....strawberry pun ada...

Pintu masuk Pondok Timpohon.
Kat sini lebih jelas kalau nak tengok Gunung Kinabalu secara dekat.
Nak panjat tak larat heheh...

Pemandangan pintu keluar dari Pondok Timpohon

Pemandangan Gunung Kinabalu yang dah ditutupi kabus

Pemandangan kolam air panas di Porim. Cantikkan...

Pintu masuk nak ke Canopy Walk naik jambatan gantung. Ni pun curi-curi ambil gambar.
Kalau tak kena bayar RM5.00

Pemandangan jambatan gantung
(ambil gambar sorok-sorok...nasib baik takde CCTV. Kalau tak kena bayar ooo..)

Tengah makan kelah bakar...
(Orang Semenanjung panggil kepah bakar seperti yang diterangkan pemilik warung ni)

Satu-satunya ikan lumba-lumba yang ada di darat.
Ni dekat area pasar Philipine la ni...
Buat kenangan sebelum meninggalkan bumi Sabah...
(sanggup tu patah balik ke sini buat kali terakhir sebelum pergi airport Kota Kinabalu)

Ni la kapal terbang kitorang tengah mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Selamat tinggal.... Sabah...

Dalam kapal terbang. On the way back to KL
(sampai KL pukul 8.30 malam - 2 November 2009)