Thursday, August 20, 2009

AdaB MaKan

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, ingin saya ambil kesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan blog sekalian tentang amalan yang boleh kita contohi dan ambil iktibar.

Ini merupakan salah satu diet yang diamalkan oleh baginda Rasulullah dalam pemakanan untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Kita pernah diajar dari segi etika pemakanan di mana makanan tidak boleh dicampur sebarangan kerana akan memudaratkan diri kita sendiri. Antaranya:-

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR


Berdasarkan pada sumber yang saya dapat, buah-buahan tidak elok dimakan sesudah menjamah nasi sebaiknya hendaklah dimakan sebelum makan nasi. Manakala kita digalakkan untuk tidur 1 jam selepas makan tengahari bagi melancarkan proses penghadaman.


Melalui sumber yang saya dapat ada menerangkan mengenai MAKAN MALAM. Di mana makan malam tidak boleh ditingggalkan. Akibatnya, kolestrol dalam badan akan meningkat dan tempoh usia seseorang itu akan terjejas.


Sumber yang saya perolehi ini turut menerangkan tentang larangan mencampurkan makanan darat dengan makanan laut seperti yang dijelaskan dalam kitab. Menurut sumber ini lagi, Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana khuatir akan mendapat penyakit. Saintis turut mengakui apabila menjumpai ion + dalam badan ayam dan ion - dalam badan ikan. Berdasarkan kajian, apabila kedua-dua ion ini bercampur dalam satu suapan, ianya akan menghasilkan tindak balas biokimia yang mengakibatkan kerosakan sistem usus manusia.


Oleh itu, perlulah kita berbalik semula pada ajaran yang terdapat dalam Al-Quran:-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sebelum matahari naik. Air sejuk dapat mengurangkan lemak dalam badan. Rasulullah turut mengamalkan minum segelas air sejuk tanpa ais setiap pagi.

2. Sujud. Kita disunatkan untuk bertafakur iaitu sujud sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minit selepas membaca doa. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis, sujud dapat melancarkan pengaliran darah disamping mengurangkan penyakit migrin/ pening atau sakit kepala. Fakta ini terbukti apabila para saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud darah dapat mengalir ke ruang berkenaan.

3. Menjiat jari selepas makan. Nabi mengajar kita makan dengan menggunakan tangan dan seterusnya menjilat jari selepas makan. Para saintis yang membuat kajian mengenai perihal ini mendapati enzim banyak terdapat pada celahan-celahan jari yang mempercepatkan lagi proses penghadaman. Ini disebabkan oleh enzim yang terdapat pada celahan jari mengandungi 10 kali ganda daripada enzim yang terdapat pada air liur.


Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkannya dan mudah-mudahan kita dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Di kesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat berpuasa pada semua rakan-rakan blog yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu manfaat dan seribu pahala berbanding Ramadhan yang lepas. InsyaAllah...


Sekian untuk renungan bersama....

StAY HEALthy

All people want to stay healthy but do you know where we can get the best medicine? Yes, we can get it from fruit and vegetable. These are combination of fruits and vegetables that are good for our health.


HEALTHY JUICES

Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.
Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.
Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.
Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.
Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.
Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.
Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.
Pear & Banana - regulates sugar content.
Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization
.
Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and strengthen body immunity.
Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.
Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation.

Saturday, August 8, 2009

NoTHing to FEaR

Once you read it through your heart, U can feel it. It's really motivate U

The title of this poem is Nothing to Fear...

There's nothing to fear --- you're as good as the best,
As strong as the mightiest, too.
You can win in every battle or test;
For there's no one just like you.
There's only one you in the world today;
So nobody else, you see,
Can do your work in as fine a way:
You're the only you there'll be !

So face the world, and all life is yours
To conquer and love and live:
And you'll find the happiness that endures
In just the measure you give;
There's nothing too good for you to possess,
Nor heights where you cannot go:
Your power is more than belief or guess ---
It is something you have to know.

There is nothing to fear --- you can and you will.
For you are the invincible you.
Set your foot on the highest hill ---
There's nothing you cannot do.

-- Author Unknown

LeGA....

Emmm...leganya....
Baru semalam aku habis buat exam untuk PTD...
Soalannya tak susah kalau prepare awal.
Tapi yang tak tahan tu muzik, filem, seni semuanya masuk. Siap nama filem yang dapat award pun ditanya.
Heheh soalan sains pun ada...matematik pun ada...jangan terkejut karangan Bahasa Melayu dan English pun ada...
Semalam terasa kembali ke zaman sekolah yang telah lama ditinggalkan.
Kira balik semula ke zaman 2001 zaman SPM dulu.. flash back
Pada sesiapa yang bakal ambil exam PTD janganlah berasa segan kalau hendak bertanya tentang soalan-soalan yang ditanya. Sementara masih fresh ni la heheh. Cuma satu je keadaan atau isu-isu semasa kena alert. Mana tau dari situ timbul idea yang berguni-guni heheh :-)

Friday, August 7, 2009

Fuuhhh....

Hari-hari duk pening kepala....
Fikirkan nasib... fikirkan peluang...macam-macam lagi la
Yang terbaru ni fikir exam...
Tapi biasa la kalau lepak kat rumah semua tension hilang
Tapi bila fikir pasal kerja.. tension pun datang
Betul la orang kata bukan semua benda kita boleh tepis tapi perlu bijak untuk menepis..
Heheh macam aku ni aku lebih suka fikir yang remeh-temeh.
Kadang-kadang logik kadang-kadang tidak.
Tapi peduli apa orang nak cakap yang penting kita Enjoy....