Thursday, August 20, 2009

AdaB MaKan

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, ingin saya ambil kesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan blog sekalian tentang amalan yang boleh kita contohi dan ambil iktibar.

Ini merupakan salah satu diet yang diamalkan oleh baginda Rasulullah dalam pemakanan untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Kita pernah diajar dari segi etika pemakanan di mana makanan tidak boleh dicampur sebarangan kerana akan memudaratkan diri kita sendiri. Antaranya:-

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR


Berdasarkan pada sumber yang saya dapat, buah-buahan tidak elok dimakan sesudah menjamah nasi sebaiknya hendaklah dimakan sebelum makan nasi. Manakala kita digalakkan untuk tidur 1 jam selepas makan tengahari bagi melancarkan proses penghadaman.


Melalui sumber yang saya dapat ada menerangkan mengenai MAKAN MALAM. Di mana makan malam tidak boleh ditingggalkan. Akibatnya, kolestrol dalam badan akan meningkat dan tempoh usia seseorang itu akan terjejas.


Sumber yang saya perolehi ini turut menerangkan tentang larangan mencampurkan makanan darat dengan makanan laut seperti yang dijelaskan dalam kitab. Menurut sumber ini lagi, Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana khuatir akan mendapat penyakit. Saintis turut mengakui apabila menjumpai ion + dalam badan ayam dan ion - dalam badan ikan. Berdasarkan kajian, apabila kedua-dua ion ini bercampur dalam satu suapan, ianya akan menghasilkan tindak balas biokimia yang mengakibatkan kerosakan sistem usus manusia.


Oleh itu, perlulah kita berbalik semula pada ajaran yang terdapat dalam Al-Quran:-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sebelum matahari naik. Air sejuk dapat mengurangkan lemak dalam badan. Rasulullah turut mengamalkan minum segelas air sejuk tanpa ais setiap pagi.

2. Sujud. Kita disunatkan untuk bertafakur iaitu sujud sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minit selepas membaca doa. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis, sujud dapat melancarkan pengaliran darah disamping mengurangkan penyakit migrin/ pening atau sakit kepala. Fakta ini terbukti apabila para saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud darah dapat mengalir ke ruang berkenaan.

3. Menjiat jari selepas makan. Nabi mengajar kita makan dengan menggunakan tangan dan seterusnya menjilat jari selepas makan. Para saintis yang membuat kajian mengenai perihal ini mendapati enzim banyak terdapat pada celahan-celahan jari yang mempercepatkan lagi proses penghadaman. Ini disebabkan oleh enzim yang terdapat pada celahan jari mengandungi 10 kali ganda daripada enzim yang terdapat pada air liur.


Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkannya dan mudah-mudahan kita dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Di kesempatan ini juga ingin saya ucapkan selamat berpuasa pada semua rakan-rakan blog yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu manfaat dan seribu pahala berbanding Ramadhan yang lepas. InsyaAllah...


Sekian untuk renungan bersama....

2 comments: